Sunday, January 10, 2010

~URL Jurnal~

Sila ringan-ringankan tangan anda untuk ke URL carian kami dan selesa-selesakan minda anda untuk memberi komen......

Tajuk : Pembelajaran Fizik Menggunakan Laman Web
Carian : Noor Laila Kasmawati Binti Muhammad Zain (202149)

http://eprints.usm.my/7406/1Pembelajaran_Fizik_menggunakan_laman_web_kaedah_pembelajaran_berasaskan_masalah_analisis_persepsi_pelajar.pdf



Pembelajaran dalam talian merupakan suatu suasana pembelajaran yang menggunakan persekitaran rangkaian yang membolehkan pelajar mendapatkan maklumat, kemahiran dan pengetahuan dalam ruangan siber. Persekitaran pembela.jaran ini menggunakan komputer peribadi, modem dan juga talian telefon. Pembelajaran ini melibatkan sekumpulan pelajar yang belajar secara bersama, pada masa, tempat dan juga keadaan yang bersesuaian dengan mereka. Menurut Kearsley (2000), pembelajaran ini membawa impak yang signifikan kepada proses pengajaran, lebih-lebih lagi untuk bidang sains dan teknologi. Ia menyediakan satu opsyen baru untuk mengukuhkan dan menyokong kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran bersemuka. Dalam masa yang sama,pembelajaran dalam talian dapat digunakan secara kendiri dengan mewujudkan satu suasana pembelajaran yang mempunyai ciri-ciri kolaboratif dan kendiri dengan mekanisma pembelajaran yang fleksibel dan sesuai dengan stail pembelajaran seseorang pelajar.
Ciri-ciri utama pembelajaran dalam talian ialah capaian dan manipulasi maklumat di samping mempunyai dimensi untuk pemudahcara komunikasi secara sinkoronus and asinkronus.Dengan itu pembelajaran dalam talian mampu menyokong pembelajaran yang berbentuk konstruktivisme yang bercirikan pembinaan pengetahuan yang berpusatkan pelajar, dan berinteraktif. Peranan guru ialah sebagai fasilitator dan tidak sebagapakar, manakala peranan pelajar ialah sebagai kolaborator yang aktif dan tidak sebagai pendengarjpenerima pengetahuan yang pasif. Pembelajaran ini menggalakkan pemikiran yang kritis di kalangan pelajar dan melibatkan proses interaksi dan kolaboratif dalam penjanaan pengetahuan (Jonassen, 1999).


Tajuk: Peranan Pentadbiran Dalam Proses Perubahan Terancang: Integrasi ICT dan Pedagogi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Carian : Zuriah Zakaria(202092)



Perubahan terancang adalah perlu dalam pendidikan bagi mempersiapkan masyarakat sekolah dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan bagi mengintegrasi ICT secara efektif dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran. Proses peningkatan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang pendidikan melalui ICT merupakan salah satu agenda terpenting daam era globalisasi. Dalam memaksimakan potensi ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru- guru dan pihak pentadbiran sekolah sendiri menjadi elemen yang sangat kritikal. Ini kerana adalah menjadi tanggungjawab pihak sekolah unutk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar bagaimana untuk membudayakan ICT dan berkemahiran menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pengintegrasian ini adalah penting bagi memastikan sebarang perubahan persekitaran ICT yang telah ditetapkan dapat berkembang dengan teratur dan tersusun. Kertas kerja ini membincangkan peranan pentadbir dan isu dalam proses pengintegrasian ICT dan pedagogi serta proses perubahan terancang yang terlibat.

14 comments:

Muhamad Abdul Rahman 202110 said...

assalamualaikum....

jurnal yang baik...

Noor Laila Kasmawati bt. Muhammad Zain said...

w'salam...

terima kasih di atas komen anda....

dah baca kedua-dua jurnal ke?

NORASYIQEEN said...

penah mengajar fizik ka?

hawani said...

komen
masyarakat sekolah perlu mahir dalam mengintegrasi ICT secara efektif dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran.Menjadi tanggungjawab pihak sekolah unutk memberi pendedahan kepada guru dan pelajar bagaimana untuk membudayakan ICT dan berkemahiran menggunakan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Mohd Fikry 202168 said...

Setiap kali ingin memulakan kelas, saya sentiasa terfikir idea untuk menggunakan ICT dalam kelas ini, antaranya tayangan animasi berkenaan subjek (Sains), simulasi yang boleh dipaparkan berkenaan topik tertentu dan penggunaan Internet sebagai sumber transformasi ilmu kepada pelajar2. Memang tidak dinafikan kaedah ini bukan sahaja memudahkan proses pnp akan tetapi meningkatkn lgi minat pelajar untuk meneroka ilmu dan maklumat atas inisiatif dan idea mereka sendiri.

Akan tetapi saya meliht faktor lain juga memainkan peranan dalam hal ini. Sekiranya kita membincangkan tentang integrasi ICT dalam pedadogi dan pentdbiran sekolah, kita perlu 'down to earth' terjun menyelami beberapa persoalan reliti antaranya:
1. berapa peratuskah sekolah di malaysia ini dibekalkan dengan kemudahan teknologi ini. Sekolah YIK kita ni, berapa %?
2. Sejauh manakah kemahiran ICT ini telah dikuasai oleh kita sebagai guru?
3. Sejauh manakah peruntukan kewangan telah disalurkan dalam pembangunan ICT ke sekolah2 di negara ini? peruntukan untuk sekolah agama rakyat? Apakah hasilnya hingga kini..?

Itu adlah perspektif saya secra peribadi sahaja. pohon idea rakan2 untk tambah, komen, kritik atau apa sahaja yang dirasakan sesuai untuk sama2 berkongsi ilmu.

norhafiza nardin (202090) said...

Komen :
Pada zaman sekarang,penggunaan ICT dalam pendidikan adalah penting dan sangat diperlukan.Ianya adalah proses untuk mempersiapkan masyarakat yang bermula di sekolah dengan kemahiran dan pengetahuan yang diberikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Proses meningkatkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran dalam semua bidang pendidikan melalui ICT adalah merupakan salah satu agenda terpenting dalam era globalisasi pada masa kini. Untuk itu, pada pandangan saya, guru mestilah meningkatkan pengetahuan yang ada dalam bidang IT supaya dapat mengaplikasikannya dalam proses P&P dengan lebih berkesan dan lebih efektif.

Noor Laila Kasmawati bt. Muhammad Zain said...

terima kasih kepada hawani, fikri dan hafiza kerana sudi komen jurnal saya....

qeen....komen lah panjang skit....saya pernah ajar fizik tp sbg guru ganti jer....

NurulHuda Mohd Adanan said...

pada pendapat saya sememangnya proses p&p memerlukan IT bagi memberi kesan yang lebih efektif untuk pelajar. ini adalah kerana suasana pengajaran dan pembelajaran yang berbeza dapat memberi suasana yang kondusif dan menarik minat pelajr.

oleh: Nurulhuda Mohd Adanan

Norma bt Ismail said...

slm...
Penggunaan ict dalam pengajaran mampu mempengaruhi keberkesanan dalam proses P&P.

Wan Saadah said...

Assalamualaikum...Sobahalkhair.Saya amat bersetuju sekiranya pembelajaran secara talian terutama bagi mata pelajaran fizik diperluaskan.Saya berpendapat demikian kerana para pelajar dapat menggunakan teknik pembelajaran secara bersemuka.Akhirnya dapat melahirkan pelajar yang mampu berdikari bukannya pelajar yang bersifat sebagai pendengar dan penerima pengetahuan yang pasif.

Arwa Dina Ghazali said...

pada pendapat saya sememangya penggunaan ict dapat membantu p&p,namun saya juga berpendapat tidak semua lapisan pelajar sesuai untuk belajar melalui talian. terdapat beberapa faktor yang menghalang seperti kemahiran menggunakan komputer dan ketiadaan kemudahan. tahap banyak yang lebih sesuai untuk belajar dalam talian adalah pelajar u shj kerana bg saya mereka mampu untuk mencari alternatif lain jika kemudahan tiada d rumah.

Suzana Abdul Rahman (202083) said...

Sememangnya penggunaan ICT amat penting dalam proses P&P pada masa kini. Sudah semestinya bagi guru-guru baru perlu menyiapkan diri dalam bidang ICT untuk memastikan pengajaran yang berkesan terhasil. selain itu, dalam kaedah pedagogi pada zaman ICT ini juga banyak berbeza dengan kaedah pada masa dulu. Dalam kalangan pelajar juga banyak pelajar yang berpengetahuan dalam bidang ICT ini sudah pastinya meminati kaedah ICT untuk pembelajaran mereka di sekolah disamping menghilangkan rasa boring dalam pelajaran tersebut. Dengan menggunakan kaedah ini secara automatiknya menarik minat pelajar untuk belajar.

azyra said...

saya bersetuju dengan pendapat guru perlu menggunakan ict untuk proses p&p,ini kerana pelajar pada masa sekarang mempunyai pengetahuan ict yang tinggi dan proses pembelajaran sekarang berbeza dengan guru yang konservatif kerana banyak maklumat yang dapat kita perolehi melalui penggunaan ict.pelajar juga tidak bosan dengan proses pembelajaran.

norlida ibrahim (202150) said...

saya juga bersetuju dengan pendapat azyra yang menyatakan bahawa pelajar-pelajar kini memang sangat mahir dalam penggunaan ict mereka berbanding guru. oleh sebab itu, kita sebagai guru perlu sentiasa memperlengkapkan diri dengan maklumat-maklumat baru dan sentiasa mengguanakan idea-idea yang menarik semasa proses p&p. dengan penggunaan ict yang menarik dan berkesan, proses p&p akan menjadi lebih menyeronokkan dan seterusnya dapat menarik minat pelajar untuk belajar bersama.